Ramuan Yang Boleh Jadikan MAGGI® Mee Anda ‘Next Level’

Posted on August 24, 2021Comments Off on Ramuan Yang Boleh Jadikan MAGGI® Mee Anda ‘Next Level’

Anda mahu hidangan yang segera, tapi mahu rasa yang luar biasa? Di sini kami kongsikan beberapa ramuan rahsia yang akan membuatkan hidangan MAGGI® mee anda menjadi lebih kaw, seolah-olah ia disajikan oleh tukang masak profesional.

Telur

Semangkuk MAGGI® mee yang sederhana boleh jadi istimewa dengan sebiji telur yang dididihkan sekali dengan mi segera anda. Sebiji telur akan menambah tekstur istimewa pada kuah – putih telur yang lembut digabung dengan keenakan kuning telur yang dapat memekatkan sedikit kuah mi dan memberi rasa lemak yang sungguh padu.

Jika anda mahu mi MAGGI® a la ramen Jepun, rebus beberapa biji telur untuk beberapa minit. Jangan biarkan ia terlalu masak  – buat telur rebus dengan kuning telur yang agak cair sedikit. Letakkan potongan telur rebus itu ke dalam mi untuk dijamah bersama.

Maggi MY

Keju

Mungkin tambahan produk tenusu seperti susu dan keju ini kedengaran amat aneh. Tetapi bayangkan semangkuk laksa Sarawak yang penuh dengan keenakan rasa lemak santan. Begitu juga dengan semangkuk mi segera, anda boleh perkayakan rasanya dengan ramuan ini.

Pastikan MAGGI® mee pilihan anda ini mempunyai perisa pedas, seperti MAGGI® kari atau tom yam. Tambahan keju atau apa-apa produk tenusu ke dalam mi yang kurang pedas tidak begitu sesuai kerana ia akan buat anda berasa cepat muak. 

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kepingan keju cheddar yang kita sering guna dalam sandwic atau burger. Letak sekeping keju ini di atas MAGGI® anda yang masih panas. Gaulkan sehingga ia cair sebati dan nikmati MAGGI® anda dengan puas.

Sosej

Anda bosan dengan semangkuk MAGGI® yang kosong dan sama? Meriahkan mi segera anda hanya dengan potongan sosej yang dididihkan sekali bersama MAGGI® anda. 

Sosej ini boleh menjadi pengganti daging atau ayam dalam hidangan mi segera anda. Dengan tambahan ini, juadah MAGGI® anda akan menjadi amat istimewa – anda akan lupa bahawa ia hanyalah mi segera! 

Kalau nak lebih syok, masukkan lebih banyak ramuan seperti isi ketam, bebola ikan, dan bebola ayam.

Daun bawang

Tak ada sosej, keju ataupun telur?

Taburkan sahaja semangkuk MAGGI® anda dengan hirisan daun bawang segar yang menghijau. Selain daripada aroma daun bawang yang boleh memberi rasa yang sungguh padu pada mi anda, warna hijau terang ramuan ini juga dapat menambah seri pada sajian ini. 

Walaupun ia hanya mi segera biasa, tambahan hirisan daun bawang ini membuatkan ia kelihatan seperti semangkuk mi yang dimasak oleh chef profesional. Kalau tak percaya, cubalah hari ini!

Sebelum anda mahu cuba ramuan ini, anda mestilah kena ada MAGGI® dahulu! Dapatkan daripada pelbagai jenis mi MAGGI® sekarang mengikut citarasa anda. Layari sahaja https://www.maggi.my/ms/produk-kami/ untuk maklumat lanjut. 

Comments Off on Ramuan Yang Boleh Jadikan MAGGI® Mee Anda ‘Next Level’